WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak bermaksud tokoh yang terdapat dalam sesebuahn karya sama ada cerita ataupun novel. Dalam sastera juga terdapat banyak jenis watak. Watak-watak ini memainkan peranan yang diberikan oleh pengarang dalam sesebuah karya untuk menghidupkan dan mengembangkan lagi cerita Terdapat beberapa jenis watak yang terdapat dalam sastera.
1. Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak ini yang menjadi foku dalam cerita dna menjadi penggerak utama cerita.
2. Watak antagonis merujuk kepada watak utama yang menonjolkan sifat-sifat yang baik
3. Watak prontagonis pula merujuk kepada watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak antagonis.
4. Watak bundar/bundar ialah watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak sepenuhnya baik. Sifat yang dimiliki sentiasa berubah dan tidak diramal oleh pembaca
5. Watak dinamik menggambarkan tingkah lakunya yang sentiasa berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan dengan bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita
6. Watak pipih diperkenalkan oleh pengarang melalui aspek peribadinya sahaja

Setiap watak-watak ini mempunyai peranan masing-masing untuk menyampaikan cerita dengan baik. Watak-watak diwujudkan untuk melengkapkan cerita.




WATAK DAN PERWATAKAN DALAM SULALATUS SALATIN

1. TUN PERAK
Tun Peak merupakan naak kepada Bendahara Seri Wak Raja. Adik beradik beliau terdri daripada Tun Kudu dan juga Tun Perpatih Putih. Tun Perak mula dilantk sebagai bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak telah tersingkir dari mendapatkan jawatan Bendahara selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak Raja. Tun Perak kemudiannya membaw adiri ke Kelang dan beliau telah dilantik sebagai penghulu orang Kelang.
Seorang ketua yang berani, cekap dan pintar

(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan pintar.
Berjaya menewaskan Siam
Tun Perak dalam mengatur strategi perang ketika berhadapan dengan Siam. Beliau menggunakan tipu mulihat dengan menambatkan puntung api pada pokok bakau disepanjang pantai. Tipu muslihat beliau ini telah mengelirukan pihak Siam dan membuatkan mereka berundur.
Menyerang Pasai
Tun Perak mengetuai angkatan Melaka ke Pasai untuk membantu Sultan Zainal Abidin bagi menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa. Dengan bantuan Tun Perak, Sultan Zainal Abidin berjaya ditabalkan sebgaai Raja Pasai
Sebagai Penasihat Sultan
Tun Perak sebgaai Bendahara amat rapat dengan sultan sebelum sutau tindakan akan diambil atau dilaksanakan. Sultan akan mendapatkan nasihat bendahara terlebih dahulu. Misalnya rancangan Sultan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana Sultan murka di atas tindakan raja Pahang mencabar baginda. Bendahara menasihatkan agartidak menyerang Pahang kerana Raja Pahang dan Raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Nasihat bendahara diikuti.

(ii) Seorang pembesar yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Melaka.
Bendahara melaksanakan wasiat sultan untuk melantik Sultan Mahmud Syah sebagai waris takhta Melaka selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah. Bendahara berusaha menjaga Sultan Mahmud Syah (masih kecil) daripada dibunuh oleh Raja Tua demi melaksanakan wasiat.

(iii) Seorang pembesar yang tegas dan setia.
Bendahara seorang yang sangat setia kepada Sultan Melaka. Setiap perintah Sultan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, seterusnya menaikkan martabat Sultan Melaka. Bendahara juga mengetuai angkatan Melaka menolong Sultan Zainal Abidin merebut takhta Pasai. Bendahar juga tidak teragak-agak bertindak tegas dalam membuat keputusan enggan membantu Sultan Zainal Abidin bagi kedua kalinya setelah Sultan Zainal Abidin enggan mengahnatr surat sembah ke Melaka


2. SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)
Tun Ali merupakan anak Mani Purican. Adiknya Tun Ratna Wati telah diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah.

(i) Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka
Tun Ali merupakan pembesar yang terpenting dalam membantu Raja Kasim dalam rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oelh Raja Rekan. Tun Ali sangat terpengaruh terhadap sultanMuzaffar Syah. Beliau juga merupakan pembesar yang rapat dengan sultan, kata-kata dan kehendak Seri Nara Diraja dituruti
(ii) Bertindak bertentangan adat kebiasaaan amalan di istana Melaka
Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan bendahara selepas kematian Bendahara seri wak Raja, yang sepatutnya diganti oleh Tun Perak. Akan tetapi, Tun Ali bertindak dengan mengambil alih pula kedudukan itu dan kemudiannya beliau bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.
(iii) Seorang pembesar yang berpengaruh
Segala kemahuan Seri Nara Diraja akan dituruti oleh Sultan Muzaffar Syah. Beliau sanggup dan bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu yang pada masa yang sama merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan Tun Kudu yang dikasihinya demi kepentingan keutuhan pentadbiran negeri Melaka. Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu akhirnya dapat menamatkan konflik dalaman kerajaan Melaka.


3.TUN MUTAKHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)

Tun Mutahir merupakan anak kepada Seri Nara Diraja. Adik beradiknya yang lain termasuklah Tun Tahir dan juga Tun Senaja. Sejak zaman remajanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan bergelar Seri Maharaja. Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah .
(i) Mempunyai hubungan yang baik dengan pedagang-pedagang.
Tun Mutahir merupakan seorang yang baik kerana selalu menjaga kebajikan para pedagang-pedagang di Melaka sehinggalah namanya termasyur di kalangan mereka. Hal ini jelas drai nyanyian saudagar-saudagar
“Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja.” (Sulalatus Salatin, 206)
(ii) Seorang yang bijak dalam berurus niaga
Peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaannya yang membaw ahasil yang sangat banyak dan lumayan.  Wang emas yang dipinjam yang dipinjam sebnayak 10 tahil diperdagangkan.
(iii) Seorang yang dihormati dan disanjungi
Tun Mutahir seorang yang sangat di hormati dan di sanjungi kerana ketokohannya. Beliau bukan sahaja dihormati dan disanjungi kerana beliau sebagai seorang pembsear akan tetapi sifat keperimanusiaan mulia yang dimilikinya. Contohnya, ketika anak-anak raja dtaang menghadap, Bendahara tidak turun menjemput. Anak-anak raja akan naik duduk di balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
(iv) Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada raja Melaka
Bendahara tidka membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan malah amelarang anak buahnya menentang nahupun melawan. Sebagai seorang pembesar yang snagat berpengaruh dan sangat kaya. Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas bendahara merupakan fitnah semata-mata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian kerana beliau masih berpegang teguh kepada konsep “daulat dan derhaka”. Konsep ini menjelaskan pantang anak Melayu menderhaka kepada raja


4. LAKSAMANA HANG TUAH
Nama sebenar Hang Tuah ialah Daeng Mempawah yang berasal daripada Negeri Bajung dari Kepulauan Mengkasar. Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah ketika Hang Tuah dibaw ake Melaka ketika usianya dalam lingkungan 12 tahun. Beliau seorang ynag bijaksana dalam menggunakan sejata dan mempunyai ilmu hulubalang yang kebal. Mempunai sahabat-sahabat yang dikenali sebagai Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan juga Hang Hussin. Dari aspek fizikalnya dia seorang yang yang segak, tampan, cerdik. Gelaran Laksamana dianugerahkan oleh sultan kerana berjaya mengalahkan seorang Jawa yang mengamuk
(i) Terlibat dalam peperangan
Hang Tuah turut bersama dalam angkatan perang Melaka menyerang dan menakluki negeri-negeri lain. Beliau juga mengiringi Bendahara Paduka Raja membantu Sultan Zainal Abidin dalam perang saudara merebut takhta Pasai. Juga mengiringi Paduka Tuan dan Seri Bija Dimlo menentang angkatan perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka
(ii) Merupakan pengiring dan pengawal sultan
Hang Tuah merupakan pengiring kepada Sultan Mansur Syah dalam rombongan Diraja ke Majapahit. Sudah menjadi tanggungjawab Hang Tuah untuk menjaga keselamatan sultan.
(iii) Panglima yang mengetui Angkatan Perang
Hang Tuah mengetui angkatan perang Melaka menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka. Beliau juga mengetui angkatan Melaka ke Pahang dengan tujuan untuk mengajar perbuatan raja Siak membunuh seorang rakyat Siak tanpa memberitahu Melaka.
(iv) Seorang yang taat setia kepada raja.
Kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang setia, sehingga sanggup melakukan apa sahaja titah raja tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya. Hang Tuah sanggup menentang Hang Jebat yang merupakan sahabatnya sendiri demi menjaga martabat raja Melaka, walaupun Hang Jebat menderhaka kerana membela keadilan terhadap kezaliman terhadapnya, namun Hang Tuah tetap menganggap tindakan Hang Jebat sebagai penderhakaan. Kesetiaan Hang Tuah juga terbukti dengan kesanggupannya masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda kesayangan raja.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN