Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

VERSI LAIN SULALATUS SALATIN

Imej
Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya sastera sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat beberapa pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah melayu telah dibawa ke Goa. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi akan tetapi versi yang apling masyur ialah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Ynag di Pertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mua’ayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang kaya Sogoh dan Goa. Ketika itu Sultan lama, SultanAlauddin Riayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda.  Sejarah Melayu dianggap penting k

Video ringkas Sejarah melayu

Imej
Klik pada "baca lagi" untuk paparan penuh video

Aku Mabuk Cinta Tun Teja

Imej
Klik pada "baca lagi" untuk lihat paparan penuh video

Puisi "Aku Tun Teja"

Imej
Klik pada "baca lagi" untuk paparan penuh video
 PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SEJARAH LAIN  Sebagai sebuah karya Kanon, Sejarah Melayu sentiasa dilihat sebagai karya “Cermin” kepada “cermin” iaitu menjadi “Cermin” kepada teks sastera sejarah yang lain. Adalah satu kelaziman bahawa karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain. Karya berkenan biasanya mempunyai beberapa ciri istimewa tertentu yang mampu menarik perhatian pengarang-pengarang lain untuk mencontohi kaedah penulisannya, meniru gaya bahasanya atau memetik isi kandungannya. Hal ini ditambah pula dengan personaliti pengarang karya berkenaan yang biasanya terdiri daripada pengarang terkenal, kukuh dan mempunyai nama yang istimewa dalam bidang tulisannya. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, karya agung seumpama Hikayat Raja-Raja Pasai , Sejarah Melayu , Taj Al-Salatin  dan Tuhfat al-Nafis  sering menjelma sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam karya terkemudian. Pengaruh Hikayat Raja-Raja Pasai  misalnya ter

FUNGSI ATAU KEPENTINGAN MITOS

FUNGSI ATAU KEPENTINGAN MITOS Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin ini mempunyai matlamat dan kepentingannya yang tersendiri dan khusus, sesuai dengan zaman teks ni dihasilkan. Di pihak pemerintah, peristiwa yang berunsur mitos ini secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Dipihak hamba rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta meyakinkan mereka tentang kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi beraja. Kepentingan mitos dalam penulisan teks Sulalatus Salatin dapat dijelaskan seperti yang berikut. 1.  Menunjukkan keagungan keturunan raja Iskandar Zulkarnain dikatakan berbangsa Rom dan berasal dari Makaduniah. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau merupakan seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang terbilang. Berdasarkan Sulalatus Sulatin, raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan beliau walaupun menurut sejarah, Iskandar Zulkarnain tidak pernah menakluki India. Ol

UNSUR-UNSUR TERTENTU YANG LAIN

 UNSUR-UNSUR TERTENT U Mitos biasanya memerikan perlakuan Tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab perkaitannya yang sangat rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam yang tertentu. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar. Dalam teks Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu, banyak mitos yang dipeerkenalkan sehinggalah terdapat sarjana Barat yang menafikan kesahihan Sulalatus Salatin sebagai sebuah teks sastera sejarah. Mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan mengenai as

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA Gaya bahasa merujuk kepada keindahan bahasa yang ada dalam sebuah karya. Teks Sulalatus Salatin merupakan sebuah teks sastera sejarah yang mempunyai gaya bahasa penulisan yang tersendiri berbeza daripada karya atau penulisan yang lain. Sebagai teks sastera sejarah, pengarangnya menggunakan gaya bahasa klasik yang agak berbeza daripada gaya bahasa yang digunakan pada masa kini, yang menjadikan pembaca perlu memahami apa yang ingin disampaikan dengan membaca secara berulang-ulang kali.  Pengarang Sulalatus Salatin memilih ayat-ayat yang tertentu dalam mewarnai teksnya. Pemilihan ayat-ayat yang baikdilihat dapat memberi kesan tertentu kepada tujuan kepengarangan itu sendiri dan peranan pengarang sebagai “dagang”. Bahasanya bersifat langsung, bersahaja dan kadang-kadang agak kering emosi  (tidak cuba untuk mempengaruhi emosi) dan lebih khusus (lebih formlaik) tetapi ia tidka bermakna  ia tidak bersifat rinci. Pemerian itu penting di dalam sesuatu keadaan seperti di dala

SINOPSIS

SULALATUS SALATIN BAB 1 ü  Penaklukan Raja Iskandar Zulkarnain ü  Raja Iskandar Zul-Karnain telah berperang dengan Raja Kinda Hindi kemudian Raja Kinda tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar. ü  Raja Iskandar mengahwini anak Raja Kindi Hindi iaitu, Puteri Syahrul Bariyah ü  Dikurniakan anak bernama Raja Aristun Syah ü  Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zulkarnain memerintah negeri Amdan Negara dan menyerang China dan berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan menikahi anaknya yang bernama Puteri Dara Segangga ü  Raja Suran juga menewaskan Raja Chulan dan mengahwini anaknya Puteri Onang Kiu ü  Raja Suran masuk ke dalam laut menggunakan peti kaca ü  Raja Suran kemudiannya berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l Bahri, anak Raja Aktabu’l dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita BAB 2 ü  Ketiga anak Raja Suran turun ke bumi dengan menaiki lembu putih dan muncul di Bukit Siguntang ü  Menyebabkan padi Wan Empuk da

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK DAN PERWATAKAN Watak bermaksud tokoh yang terdapat dalam sesebuahn karya sama ada cerita ataupun novel. Dalam sastera juga terdapat banyak jenis watak. Watak-watak ini memainkan peranan yang diberikan oleh pengarang dalam sesebuah karya untuk menghidupkan dan mengembangkan lagi cerita Terdapat beberapa jenis watak yang terdapat dalam sastera. 1.  Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak ini yang menjadi foku dalam cerita dna menjadi penggerak utama cerita. 2.  Watak antagonis merujuk kepada watak utama yang menonjolkan sifat-sifat yang baik 3.  Watak prontagonis pula merujuk kepada watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak antagonis. 4.  Watak bundar/bundar ialah watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan