WATAK DAN PERWATAKAN Watak bermaksud tokoh yang terdapat dalam sesebuahn karya sama ada cerita ataupun novel. Dalam sastera juga terdapat banyak jenis watak. Watak-watak ini memainkan peranan yang diberikan oleh pengarang dalam sesebuah karya untuk menghidupkan dan mengembangkan lagi cerita Terdapat beberapa jenis watak yang terdapat dalam sastera. 1. Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak ini yang menjadi foku dalam cerita dna menjadi penggerak utama cerita. 2. Watak antagonis merujuk kepada watak utama yang menonjolkan sifat-sifat yang baik 3. Watak prontagonis pula merujuk kepada watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak antagonis. 4. Watak bundar/bundar ialah watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak se...
PLOT Plot merujuk kepada jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat . Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama dan susunan. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, komplikasi dan revolusi. Eksposisi bermaksud bahagian awal yang memperkenalkan setipa watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketengangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semu anaratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot tidak mengikut rentetan eksposisi , komplikasi dan resol...
Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya sastera sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat beberapa pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah melayu telah dibawa ke Goa. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi akan tetapi versi yang apling masyur ialah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Ynag di Pertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mua’ayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang kaya Sogoh dan Goa. Ketika itu Sultan lama, SultanAlauddin Riayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu dianggap penti...
Ulasan
Catat Ulasan