UNSUR PENGETAHUAN LAIN

UNSUR-UNSUR PENGETAHUAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SEJARAH MELAYU (AGAMA, SEJARAH, KEMANUSIAAN)

Sejarah Melayu ataupun dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis oleh Tun Seri Lanang. Sulalatus Salatin ditulis atas arahan Yang Dipertuan di Hilir Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Seri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan raja-raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja-raja, cara hidup masyarakat dahulu kala yang mengganggap raja sebagai kuasa mutlak. Disamping itu, terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Misalnya, kisah Hang Tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh kegagahan dan sebagainya.
Antara unsur yang terdaapt dalam sastera sejarah ini ialah nilai estetiknya yang tinggi. Dalam Sulalatus Salatin, Tun Seti Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dna menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya ia menggunakan ayat yang panjang menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik.
Seterunsya ialah unsur kesejagatan. Tindakan-tindakan seseorang watak dianggap sebagai manusia sejagat. Dalam Sulalatus Salatin, unsur sejagat dapat dilihat menerusi peristiwa waadat antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana. Perjanjian ini adalah untuk kepentingan semua pihak iaitu pihak raja dan pihak rakyat. Raja tidak boleh menganiaya rakyat manakala rakyat pula tidak boleh derhaka kepada raja. Hal ini akan membawa kepada keamanan seluruh rakyat dan negeri.
 Unsur keadilan pula dapat dilihat menerusi kezaliman yang dilakukan oleh raja-raja Melayu. Terdapat banyak contoh kezaliman yang dilakukan oleh watak-watak tertentu sehingga menimbulkan kesan sampingan yang lain. Contoh peristiwa yang menunjukkan kezaliman raja yang jelas digabarkan melalui watak Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Sultan Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Hal ini kerana ketika baginda membunuh keluarga Tun Muthair, kekuatan Melaka menjadi lumpuh. Walaupun rakayat tidak dapat melawan kezaliman raja, tetapi keadilan telah terjadi dengan sendirinya yang berpunca daripada sikap buasnya sendiri.


Ulasan

  1. Casino and Slots - Mapyro
    Get directions, 오산 출장마사지 reviews and information for Casino and Slots located 경주 출장샵 in Everett at 777 Casino Dr. Mapyro and 여주 출장샵 other places to titanium tubing stay closest to 대구광역 출장안마 Atlantic City.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN