TEKNIK PENULISAN

TEKNIK PENULISAN

Sebagai sebuah teks sastera sejarah, Salatus Salatin atau Sejarah melayu mempunyai teknik penulisan yang berbeza. Teks Sulalatus Salatin ditulis dalam teks yang panjang-panjang. Teks biasanya dibahagikan kepada beberapa bab. Setiap bab pula dibahagikan kepada beberapa subtopik yang kecil. Teks Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. bBab  pertama dan kedua dibahagikan kepada 7 sub topik. Secara keseluruhannya, teks akan dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaiatu bahagian prolog (pengenalan), perkembangan dan juga epilog. 

Unsur-unsur keIslaman dalam Sulalatus Salatin

Dalam teks Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Islam datang ke kepulauan Tanah Melayu melalui Pasai dan Melaka. Kemasukan Islam ke pulau Tanah Melayu dimitoskan melalui pengIslaman Merah Silu. Merah Silu diIslamkan di dalamnya. Dalam mimpinya, baginda di didatangi Rasullah. Rasullulah meminta baginda untuk mengangga mulut dan diludahinya. Pada keesokkan harinya ketika banginda bangun daripada tidur, badannya berbau narwastu. Baginda dapat membaca al-Quran dengan lancar tanpa diajar, kemudian baginda menukarkan namanya daripada Merah Silu kepada Sultan Malikul Salleh. Di Melaka pula Raja Kecil Besar bermimpin berpandangan  dengan keelokan Rasullulah. Rasullulah meinta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastudan kalam sudah dikatankan. Baginda dapat membaca al-Quran. Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun kepantai Melaka dan beliau bersembahyang disitu. Tujuan dimitoskan kedatangan Islam ini adalah bertujuan mengagungkan Islam. Is memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama yang beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
Mukadimmah ataupun sebelum permulaan penceritaan dimulakan dengan ucapan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat al-Quran dna ikuti dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Bgai menjelaskan sesuatu atau sebagaiperbandingan pengarang, pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan dengan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN