NILAI KEMANUSIAAN

NILAI KEMANUSIAAN YANG TERDAPAT DALAM SULALATUS SALATIN

Terdapat beberapa nilai kemanusian yang terdapat dalam Sulalatus Salatin. Nilai kemanusiaan merujuk kepada perasaan yang dimiliki setiap manusia untuk mencegah kita dari perbuatan yang jahat atau menentang dari ajaran agama. Ini bermaksud, nilai kemanusiaan merujuk kepada nilai yang lebih berlandaskan kepada keagamaan, nilai yang menjadikan seseorang manusia itu sempurna atau baik dari aspek keagamaannya. Dalam teks Sulalatus Salatin, nilai-nilai kemanusiaan ini dijelaskan melalui beberapa watak. Watak-watak inilah yang mewujudkan nilai-nilai yang positif dalam Sulalatus Salatin. Dalam Sulalatus Salatin menceritakan dengan jelas tentang beberapa orang raja dna pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat keadilan dan bijaksana. Mereka mendahulukan amanah dan juga tanggungjawab sebagai pemimpin negara untuk menjaga kebajikan dan menjamin kehidupan rakyat supaya hidup dalam aman dan damai. Berikut merupakan pemerintah dan pentadbir Melaka yang memiliki sifat yang adil dan saksama

  1. Sultan Mansur Syah. Dalam Sulalatus Salatin ada menyebut perihal baginda sebagai seorang yang  "terlalu baik parasnya dengan adilnya lagi murah, seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
  2. Sultan Alau'Din Riayat Syah. Beliau turut dikenali sebagai sultan yang bersfita adil dna bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya. Baginda sehingga sanggup menyamar menjadi rakyat biasa untuk mengatasi sendiri maslah kecurian yang berlaku pada ketika itu.
Sifat dan kelakuan yang berbudi bahasa juga merupakan nilai kemanusiaan yang juga diterdapat dalam Sulalatus Salatin. Berbudi bahasa ialah sifat yang mulia dan terpuji. Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebgaai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walaupun beliau mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan dirinya, tetapi Bendahara tetap memuji kebaikan Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah merasa malu dengan kemuliaan Bendahara Tun Perak. Selepas peristiwa itu, Hnag Tuah datang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara, dan sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah.


Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

Nilai Kemanusiaan juga dipaparkan melalui sikap terpuji yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah membuat keputusan untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu sebagai tindakan diplomatik untuk menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Melaka pada waktu itu. Sifat sultan ini cukup mulia dan berkemanusiaan kerana sanggup melepaskan miliknya untuk kepentingan diplomatik. Pengorbanan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah ini telah membawa satu kejayaan yang besra dalam menghidupkan politik di Melaka kerana sifat baginda ini yang telah mententeramkan pergolakan dalaman yang berlaku di negeri Melaka dan memberi kekuatan dan kesatuan dalam kalangan pembesar dan pengikut yang telah berbelah bahagi.

Selain daripada itu, nilai kemanusiaan yang juga merangkumi keimanan dan ketakwaan yang diketengahkan dalam Sulalatus Salatin.  Sifat ini berkait rapat dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup dengan lebih sempurna. Dalam Sulalatus Salatin, banyak peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan. Berikut merupakan contoh peristiwa yang berkaitan dengan sifat ketakwaan manusia:
  1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pernah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
  2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah telah melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan kesalahan mencuri.
  3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia dna terpuji di sisi agama Islam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT