GAYA BAHASA

GAYA BAHASA


Gaya bahasa merujuk kepada keindahan bahasa yang ada dalam sebuah karya. Teks Sulalatus Salatin merupakan sebuah teks sastera sejarah yang mempunyai gaya bahasa penulisan yang tersendiri berbeza daripada karya atau penulisan yang lain. Sebagai teks sastera sejarah, pengarangnya menggunakan gaya bahasa klasik yang agak berbeza daripada gaya bahasa yang digunakan pada masa kini, yang menjadikan pembaca perlu memahami apa yang ingin disampaikan dengan membaca secara berulang-ulang kali.
 Pengarang Sulalatus Salatin memilih ayat-ayat yang tertentu dalam mewarnai teksnya. Pemilihan ayat-ayat yang baikdilihat dapat memberi kesan tertentu kepada tujuan kepengarangan itu sendiri dan peranan pengarang sebagai “dagang”. Bahasanya bersifat langsung, bersahaja dan kadang-kadang agak kering emosi  (tidak cuba untuk mempengaruhi emosi) dan lebih khusus (lebih formlaik) tetapi ia tidka bermakna  ia tidak bersifat rinci. Pemerian itu penting di dalam sesuatu keadaan seperti di dalam upacara, adat istiadat istana dan situasi yang bersifat formal. Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan.
1. Personifikasi dalam Sulalatus Salatin
Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau pengisanan. Personifikasi merupakan bagaimana pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari aspek perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda yang bukan hidup, binatang ataupun benda bukan manusia. Begitu juga dengan penulisan teks Sulalatus Salatin yang dikarang semula oleh A. Samad Said dan Muhammad Haji Salleh yang banyak menimbulkan gaya bahasa personifikasi dalam teks tersebut. Antara contoh penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam teks Sulalatus Salatin ialah
Sekiranya empat keruh bumi jauhnya, berjalan, maka bertemulah dengan rakyat Raja Shulan lalu berpayung tiada sangka bunyinya lagi, bunyi segala yang bergajah berjuangkan gajahnya dan segala yang berkuda bergigihkan kudanya dan segala yang memegang panah berpetikkan panahnya dan segala (yang) memegang lembing, bertikamkan lembingnya dan segala yang (memegang) tombak bertikamkan tombaknya dan segala yang memegang pedang bertetakan pedangnya.
(Muhammad Haji Salleh 1997:13)

2. Simbolik dalam Sulalatus Salatin

Pembaca dapat mengesani maksud atau makna yang ingin disampikan oleh pengarang berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahas tertentu. Akan tetapi tidak semestinya makna kata yang terakam membawa pengertian makna seperti yang dinyatakan. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan martabat dan nilai karya itu sendiri. Mislanya dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang.

“Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatlah aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk…”

Berdasarkan petikan ini sudah pun menunjukkan simbolik melalui imejan untuk mentafsir makna sesebuah teks.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN