WATAK DAN PERWATAKAN Watak bermaksud tokoh yang terdapat dalam sesebuahn karya sama ada cerita ataupun novel. Dalam sastera juga terdapat banyak jenis watak. Watak-watak ini memainkan peranan yang diberikan oleh pengarang dalam sesebuah karya untuk menghidupkan dan mengembangkan lagi cerita Terdapat beberapa jenis watak yang terdapat dalam sastera. 1. Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak ini yang menjadi foku dalam cerita dna menjadi penggerak utama cerita. 2. Watak antagonis merujuk kepada watak utama yang menonjolkan sifat-sifat yang baik 3. Watak prontagonis pula merujuk kepada watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak antagonis. 4. Watak bundar/bundar ialah watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak se...
PLOT Plot merujuk kepada jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat . Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama dan susunan. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, komplikasi dan revolusi. Eksposisi bermaksud bahagian awal yang memperkenalkan setipa watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketengangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semu anaratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot tidak mengikut rentetan eksposisi , komplikasi dan resol...
NILAI KEMANUSIAAN YANG TERDAPAT DALAM SULALATUS SALATIN Terdapat beberapa nilai kemanusian yang terdapat dalam Sulalatus Salatin. Nilai kemanusiaan merujuk kepada perasaan yang dimiliki setiap manusia untuk mencegah kita dari perbuatan yang jahat atau menentang dari ajaran agama. Ini bermaksud, nilai kemanusiaan merujuk kepada nilai yang lebih berlandaskan kepada keagamaan, nilai yang menjadikan seseorang manusia itu sempurna atau baik dari aspek keagamaannya. Dalam teks Sulalatus Salatin, nilai-nilai kemanusiaan ini dijelaskan melalui beberapa watak. Watak-watak inilah yang mewujudkan nilai-nilai yang positif dalam Sulalatus Salatin. Dalam Sulalatus Salatin menceritakan dengan jelas tentang beberapa orang raja dna pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat keadilan dan bijaksana. Mereka mendahulukan amanah dan juga tanggungjawab sebagai pemimpin negara untuk menjaga kebajikan dan menjamin kehidupan rakyat supaya hidup dalam aman dan damai. Berikut merupakan pemerin...
Ulasan
Catat Ulasan