PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT
GAMBARAN MASYARAKAT DALAM SULALATUS SALATIN
Tidak dinafikan bahawa banyak gambaran masyarakat yang jelas digambarkan dalam Sulalatus Salatin. Antara gambaran tersebut
a. adat istiadat
b. institusi sosial
c. nilai dan sikap masyarakat
A. adat istiadat
dalam Sulalatus Salatin menjelaskan adat istiadat terutamanay adat menghadap raja di balairung. Para pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Bendahara, penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anka raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida-sida yang muda akan duduk berselang seli dengan Bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapan balai.
B. institusi sosial
Sulalatus Salatin mengandungi peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah raja-raja yang memerintah Melaka . Contohnya peritiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah, Sultan Alau'Din Riayat Syah dan lain-lain. Struktur sosial masyarakat yang terdapat Sulalatus Salatin terbahagi kepada beberapa golongan golongan yang paling atas terdiri daripada golongan yang memerintah iaitu raja dan golongan pembesar dna pentabir manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba berada pada bahagian paling bawah.
C. nilai dan sikap masyarakat
nilai dan sikap masyarakat yang terdapat dalam Sulalatus Salatin pula masyarakat yang setia kepada raja. Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, Hang Tuah merupakan ikon atau simbolik masyarakat yang setia terhadp sultan. Kesetiaannya jelaskan digambarkan melalui beberapa peristiwa. Nilai dan sikap masyarakay yang berani juga digambarkan melalui watak Hang Tuah yang berani dalam bertarung orang dengan orang-orang yang hebat. Nilai dan sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri pula digambarkan melalui watak Sultan Mahmud Syah, seorang sultan yang sanggup mengorbankan rakyatnya demi kepentingan dan memuaskan nafsunya sendiri. Dalam teks Sulalatus Salatin, juga diketengahkan nilai dan sikap masyarakat yang bijaksana yang dipaparkan melalui watak Tun Perak, Hang Nadim dna juga Sultan Alau'Din Riayat Syah.,
Ulasan
Catat Ulasan