SINOPSIS

SULALATUS SALATIN

BAB 1
ü Penaklukan Raja Iskandar Zulkarnain
ü Raja Iskandar Zul-Karnain telah berperang dengan Raja Kinda Hindi kemudian Raja Kinda tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar.
ü Raja Iskandar mengahwini anak Raja Kindi Hindi iaitu, Puteri Syahrul Bariyah
ü Dikurniakan anak bernama Raja Aristun Syah
ü Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zulkarnain memerintah negeri Amdan Negara dan menyerang China dan berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan menikahi anaknya yang bernama Puteri Dara Segangga
ü Raja Suran juga menewaskan Raja Chulan dan mengahwini anaknya Puteri Onang Kiu
ü Raja Suran masuk ke dalam laut menggunakan peti kaca
ü Raja Suran kemudiannya berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l Bahri, anak Raja Aktabu’l dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita

BAB 2
ü Ketiga anak Raja Suran turun ke bumi dengan menaiki lembu putih dan muncul di Bukit Siguntang
ü Menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa.
ü Nila Pahlawan menjadi raja di Miangkabau. Krisyna Padita menjadi raja di Tanjung Pura dan Nila Utama menjadi raja di Palembang
ü Nila Utama atau dikenali sebagai Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puteri
ü Termeterai waad antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana
ü Seri Teri Buana membuka negeri Temasik dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa

BAB 3
ü Seri Teri Buana menghantar rombongan meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar
ü Raja Kecil  Besar bergelar Paduka Seri Pikrama
ü Peperangan antara Majapahit dan Singapura menyebabkan Paduka Seri Pikarama mangkat
ü Raja Muda menggantikannya dengan gelaran Rakna Wikrama
ü Selepas makan muntah hantu Badang menjadi kuat dan berjaya mengalahkan pahlawan dari benua keling
ü Seri Rakna Wikarama mangat digantikan oleh anakanda baginda Paduka Seri Maharaja
ü Merah Silu membuka negeri Samudera berdasarkan nama semut besar yang dilihatnya
ü Mula kedatangan Islam ke alam Melayu
ü Merah Silu telah bermimpi Rasulullah s.a.w menyuruh baginda mengislamkan rakyat Samudera
ü Merah Silu menukar namanya kepada Sultan Maliku Salleh dan dikurniakan dua orang putera iaitu Sultan Maliku Tahir dan Sultan Maliku Mansur
ü Sultan Maliku Tahir dirajakan di Pasai dan Sultan Maliku Mansur dirajakan di Samudera
ü Raja Pasai ditipu dan ditawan
ü Sultan Maliku Tahir dan Sultan Maliku Mansur berdendam antara satu sama lain
ü Kedua beradik menyesal bermusuhan-musuhan dengan sudara sendiri.

BAB 4
ü Tun Jana Katib dari Pasai berkunjung ke Singapura dan telah menilik batang pinang sehingga terbelah dua
ü Paduka Seri Maharaja murka menganggapnya sengaja menunjukkan kepandaian serta ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu dibunuh dan badannya ghaib ke Langkawi
ü Singapura dilanggar Todak
ü Seorang budak lelaki telah dibunuh kerana melebihi kepandaian raja apabila mencadangkan batang pisang sebagai penahan serangan todak
ü Sang Rajuna Tapa telah difitnah dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah
ü Sang Rajuna Tapa belot dengan membantu Majapahit menyerang Singapura
ü Singapura dapat dikalahkan, Raja Iskandar Syah lari ke Muar dan Sang Rajuna Tapa bersama isterinya telah bertukar menjadi batu
ü Raja Iskandar Syah Membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih telah menendang anjing perburuannya
ü Raja Iskandar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja Muda
ü Raja Muda mangkat digantikan oleh Raden Tengah
ü Raden Tengah mangkat digantikan pula oleh Raja Kecil Besar
ü Kedatangan islam ke Melaka
ü Sulatan Mahmud Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan dikurniakan anak bernama Raja Kassim
ü Sultan Mahmud berkahwin dengan anak raja Rekan dan dikurniakan anak bernama Raja Ibrahim
ü Sultan Mahmud mangkat, Raja Ibrahim diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara Raja Kassim diusir dari istana
ü Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalaluddin untuk merebut takhta kerajaan Melaka
ü Raja Kassim ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah
BAB 5
ü Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam
ü Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak kepada Seri Nara Diraja satu lagi berpihak kepada Tun Perak
ü Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja untuk mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja
ü Siam di bawah pimpinan Awi Dicu ingin menyerang Melaka namun Tun Perak meletakkan puntung api pada pokok-pokok tepi pantai menyebabkan Siam tidak jadi menyerang

BAB 6
ü Sultan Muzaffar Syah telah mangkat dan digantikan anakanda baginda Sultan Mansur Syah
ü Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma
ü Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah dfitnah bermukah dengan raja sehingga dititahkan hukum bunuh
ü Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun
ü Orang Melaka diketuai Tun Pepatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang tidak dikerat
ü Puteri Hang Liu telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah

BAB 7
ü Hang Jebat mengamuk di istana kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah
ü Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup
ü Perlawanan di antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Hang Tuah membunuh Hang Jebat dan Hang Tuah diberi gelaran Laksamana
ü Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bole sepak raga yang menimpa destar Raja Muhammad
ü Sultan Mansur Syah telah merajakan Raja Muhammad di Pahang
ü Semerluki yang jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh Karaeng Majiko.
ü Semerluki menyerang Melaka namun dapat ditumpaskan
ü Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri’l-mazlum ke Melaka

BAB 8
ü Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.
ü Raja Maluku dan Telenai Terenggau telah datang ke Melaka. Sultan Muhammad iaitu raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telenai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa pengetahuan baginda. Sutan Alauddin Riayat Syah menyerang Pahang dengan menghantar Laksamana Hang Tuah membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.
ü Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu telah berlaku biadap

BAB9
ü Sultan Alauddin Riayat Syah gering dan baginda menasihati kepada pembesar merajakan Raja Mamat dan menasihati beliau kerana masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alauddin Riayat Syah mangkat.
ü Sultan Mahmud Syah telah menganggu isteri Tun Baijid dan Tun Dewi. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali
ü Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap
ü Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud dan menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang Kelantan dan memperoleh kejayaan

Bab 10
ü Bendahara Putih mangkat dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir
ü Sultan Mahmud ingin meminang Puteri Gunung Ledang.
ü Terdapat syarat yang dikenakan tetapi baginda membatalkan niat kerana tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda
ü Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan

BAB 11
ü Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun sudah bertunang dengan Sultan AbduL  Jamal
ü Hang Nadim dititahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
ü Laksamana Khoja dapat menewaskan angkatan Pahang
ü Sultan Abdul Jamal marah dan turun taktha dan digantikan oleh anakanda baginda Sultan Mansur Syah

BAB 12
ü Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan untuk membantu Pahang.
ü Tun Pepatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadab  di hadapan Bendahara dan Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai
ü Sultan Mamud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

BAB 13
ü Bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali menyebabkan Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah baginda melihat kecantikan Tun Fatimah
ü Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikan
ü Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya membunuh Raja Mendaliar
ü Raja Mendaliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu memberitahu Sultan Mahmud
ü Sultan Mahmud membunuh Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung
ü Tun Fatimah sanggup menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud
ü Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah
ü Sultan Ahmad Syah seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih

BAB 14
ü Peringgi mula menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso Albuquerque tetapi gagal
ü Tetapi menyerang lagi, orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Pahang
ü Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar
ü Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki iaitu Tun Ali diberi gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah
ü Peringgi menyerang Bintan dan Sultan  Muhammad terpaksa berundur hingga ke Kampar

BAB 15
ü Sultan Alauddin Riayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan meninggalkan Kampar dan menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi anak Sultan Mansur
ü Sultan Alauddin Riayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor
ü Raja Omar iaitu cucu Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raja Fatimah anak Sultan Alaudin
ü Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alauddin Riayat Syah dan membuka negeri Seluyut
ü Raja Omar telah menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil
ü Sultan Muzaffar Syah berkahwin dengan bonda Raja Mansor
ü Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Riayat Syah lalu membuka negeri Batu Sawar dan makam Tauhid
ü Raja fatimah  mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya Sultan Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu.
ü Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan.
ü Raja Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN