VERSI LAIN SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin merupakan sebuah karya sastera sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat beberapa pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah melayu telah dibawa ke Goa.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi akan tetapi versi yang apling masyur ialah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Ynag di Pertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mua’ayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang kaya Sogoh dan Goa. Ketika itu Sultan lama, SultanAlauddin Riayat Syah Ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda.
 Sejarah Melayu dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah keraaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah sahih China, dimana pada setipa pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.





Sulalatus Salatin versi A. Samad Said ini juga tiada bezanya dengan versi yang ditulis oleh Shellabear. Dalam mukadimah versi A.Samad berbeza sedikit
“Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun’alajahlihi, Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timan-timangannya, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Puridan”
Ayat-ayat diatas adalah membayang bahawa setelah mendengar demikian titah rajanya, maka pengarang atau penyusun ‘Sulalatsu Salatin’ itu merasai dirinya berhadapan dengan suatu tugas yang berat, tetapi bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawabnya memenuhi hasrat rajanya itu. Dan sebagai seorang ynag mempunyai penuh rasa tanggungjawab atas karyanya, maka beliau bukan sahaja menyatakan nama dan jawatan, iaitu namanya Tun Muhammad, timang-timangnya Tun Seri Lanang, dan jawatannya Bendahara, bahkan menyatakan juga bangsanya, asal nenek moyangnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN