UNSUR-UNSUR TERTENTU YANG LAIN

 UNSUR-UNSUR TERTENTU

Mitos biasanya memerikan perlakuan Tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab perkaitannya yang sangat rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam yang tertentu. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar. Dalam teks Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu, banyak mitos yang dipeerkenalkan sehinggalah terdapat sarjana Barat yang menafikan kesahihan Sulalatus Salatin sebagai sebuah teks sastera sejarah. Mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan mengenai asal usul keturunan raja-raja Melayu, tempat dan juga mitos-mitos lain. Berikut merupakan beberapa penjelasan mengenai mitos yang terdapat dalam teks tersebut.

I. Mitos asal usul
Sulalatus Salatin dalam upaya hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu, khususnya raja Meaka telah mengaitkan bahawa raja-eaja tersebut berasal usul daripada keturunan raja Iskandar Zulkarnain, Nabi Sulaiman, dan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan puter Mahtabu’l- Bahri dari  negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera iaitu Nila Pahlwan, Krisyna Pandita dan juga Nila Utama. Ketiga-tiga putera ni telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang. Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja. Nila Pahlawan menajadi raja di Minang kabau, Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura dan Nila utama pula menjad raja di Palembang dan seterusnya di Temasek denga gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buanalah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.

II. Mitos Pembukaan Negeri
Sulalatus Salatin banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasarkan kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian lar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeritersebut. Antaranya termasuklah:
1. Pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama “singa”
2. Pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing sultan
3. Pembukaan Samudra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing.
4. Pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku’s-Salleh bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi


III. Mitos Kedatangan Islam
Sebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:
1. Kedatangan Islam di Samudra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mimpinya itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narwastu
2. Kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristwa Raja Kecil Besar telah diIslamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokkannya, semua yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narwastu

IV. Mitos-mitos lain
Dalam teks Sulalatus Salatin, terdapat banyak lagi  peristiwa-peristiwa lain yang berunsurkan mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan kepercayaan sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh mitos tersebut.
1. Peristiwa Badang yang menjadi gagah setelah makan muntah hantu-Badang telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yang mencuri hasil tangkapannya, Kegagahan Badang yang luar biasa itu telah membolehkan di amencabut pokok-pokok kayu yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakan majikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat
2. Peristiwa ikan todak menyerang Singapura-peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Banyak rakyat negeri itu mati ditikam oleh ikan todak yang mampu melompat sehingga ke pantai. Untuk mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi perintah itu lebih banyak menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat yang terlibat. Akhirnya serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang budak yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. Serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan pembunuhan Tuan Jana Khatib yang mahir akan ilmu khayal lillah lagi taman dua belas
3. Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu-peristiwa ini menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah. Pengkhianatan ini dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol dengan majapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa besar itu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN