PLOT

PLOT

Plot merujuk kepada jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat . Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama dan susunan. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, komplikasi dan revolusi. Eksposisi bermaksud bahagian awal yang memperkenalkan setipa watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketengangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semu anaratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot tidak mengikut rentetan eksposisi , komplikasi dan resolusi. (Kamus kesusasteraan 2015:288)
Secara ringkas, plot bermakna sebuah struktur rangkaian kejadian-kejadian dalam sebuah cerita yang disusun secara berkronologi. Plot mengatur bagaimana peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam cerita itu harus berkait rapat dengan satu sama lain. Terdapat beberapa unsur yang perlu ada dalam plot.

I. Pengenalan- pada bahagian ini, pegarang akan memperkenalkan watak utama, sedikit perkenalan kepada beberapa peristiwa dan hubungan antara watak yang terdapat dalam bahagian awal cerita
II. Perkembangan- pada bahagian ini pula, pengarang akan mewujudkan bahagian -bahagian cerita yang boleh menimbulkan sesuatu permasalahan
III. Konflik-pengarang akan meningkatkan, menambahkan atau meletakkan suatu permasalahan yang dialami oleh watak
IV. Kemuncak atau klimaks pula merupakan puncak segala permasalahan yang dihadapi oleh watak. Pada bahagian ini, pengarang akan meletakkan masalah yang bertubi-tubi dtaang kepada watak utama dan juga beberapa watak sampingan lain..
V. Peleraian-bahagian ini merupakan pengakhiran sesebuah cerita. Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana nasib atau keadaan watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut sama ada berakhir dengan kegembiraan mahupun kesedihan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

NILAI KEMANUSIAAN