PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG BIJAKSANA


Dalam teks Sulalatus Salatin juga menggambarkan masyarakat yang bijaksana dalam beberapa perkara. Sebelum itu, kita lihat dahulu kepada makna dan konsep kebijaksanaan itu sendiri. Kebijaksanaan bermaksud kepandaiaan dalam menggunakan akal fikiran ataupun boleh juga ditafsirkan sebagai kecekapan seseorang berfikir. Kecekapan berfikir yang hebat dalam melakukan sesuatu itu dianggap sebagi kebijaksanaan. Dalam Sulalatus Salatin juga terdapat masyarakat yang bijaksana ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tokoh yang berperwatakan bijak dalam Sulalatus Salatin ialah seperti Bendahara Tun Perak, Hang Nadim dan Sultan Alau'Din Riayat Syah. Ketiga-tiga tokoh dalam teks Sulalatus Salatin masing-masing memiliki kecekapan berfikir dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Bendahara Tun Perak cukup dikenali dengan kebijaksanaannya menentang musuh ketika negeri Melaka diserang oleh pihak Siam. Bendahara Tun Perak merupakan bendahara termasyur negeri Melaka. Kepimpinannya menjadikan beliau adalah antara orang yang dipercayai sultan. Kebijaksanaan Bendahara Tun Perak terserlah ketika Melaka diserang oleh Siam. Tun Perak mengarahkan askar-askar untuk mengikatkan api-api pada pokok bakau sepanjang pantai Melaka. Tentera Siam pada waktu itu mula rasa gerun melihat api-api yang berada di sepanjang pantai yang tidak terkira banyaknya. Jumlah api-api yang banyak membuatkan Siam berundur dan membantalkan niat mereka untuk menyerang Melaka. Peristiwa ini jelas menggambarkan kebijaksanaan Tun Perak dalam strategi berperang. Selain daripada itu, kebijaksanaan Bendahara Tun Perak juga jelas tergambar ketika Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama dengan orang Kelang yang lain tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan  bahaw tujuan membawa sekali golongan perempuan adalah supaya para lelaki akan berperang dengn lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.

Kebijaksanaan Hang Nadim pula terserlah ketika Singapura dilanda serangan todak.  Ketika Raja Singapura mengetahui bahawa rakyat Singapura sedang mengalami kegawatan kerana diserang oleh ikan todak yang datang dari laut telah mengorbankan banyak rakyat. Raja Singapura telh pun mencadangkan rakyat supaya memberikan betis mereka untuk dijadikan sebagai benteng. Akan tetapi usaha Raja Singapura malah menyebabkan rakyatnya ramai yang cedera. Melihat keadaan itu, Hang Nadim yang  berumur 7 tahun mengahadp raja dan mengemukan cadangannya supaya menggunakan batang pisang sebagai benteng pertahanan daripada serangan ikan todak. Raja Singapura akhirnya menerima cadangan Hang Nadim itu dan mnegaeahkan orang yang ada disitu untuk mengumpulkan batang pisang dan membina membina benteng seperti yang dicadangkan oleh Hand Nadim. Tidak lama kemudian, ikan todak menyerang semula dan akhirnya telah tersangkut pada batang pisang. Raja Singapura yang melihat keadaan itu disambut dengan sorakan dan kegembiraan. Singapura akhirnya bebas daripada serangan todak. Baginda memuji kebijaksanaan Hand Nadim dan menjemputnya ke istana untuk menerima anugerahnya.

Dalam teks Sulalatus Salatin juga mengambarkan masyarakat yang bijaksanaan iatu melalui watak Sultan Alau'Din Riayat Syah. Sultan Alau'Din Riayat Syah adalah seorang sultan yang prihatin terhadap kebajikan rakyatnya. Bgainda juga merupakan satu-satunya sultan yang memiliki kebijaksanaan yang luar biasa dalam menyelesaikan masalah dalam negeri. Ketika negeri Melaka menjadi huru-hara kerana beraku kecurian dalam kalangan rakyat. Baginda dan Hang Isap telah pun menyamar menjadi rakyat biasa untuk meronda pada waktu malam. Mereka akhirnya berjaya menangkap pencuri tersebut lalu diusir dan dihukum bunuh oleh titah Baginda dari negeri Melaka. Melaka akhirnya menjadi sebuah negeri yang aman dan selamat untuk berdagang

Berdasarkan contoh peristiwa daripada tiga tokoh merupakan golongan masyarakat yang bijaksana dalam teks Sulalatus Salatin. Kebijaksanaan jelas dlaam setipa peristiwa yang dipaparkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN