PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang setia dalam Sulalatus Salatin 





Setia memberi maksud akur, taat, tunduk serta patuh. Konsep kesetiaan menggambarkan kehidupan masyarakat terutamanya dalam kehidupan masyarakat Melayu yang diceritakan dalam teks Sulalatus Salatin. Kesetiaan merupakan amalan ataupun perbuatan penyerahan diri kepada raja raja secara taat setia tanpa membantah serta sanggup menyumbangkan kebaktian kepada raja yang tidak terbatas walaupun terdapat perbuatan yang dilakukan berada pada luar batasan kemanusiaan. Ini dilakukan menunjukkan bagaimana kesetiaan seseorang rakyat itu pada rajanya dan mengutamakan untuk tidak melakukan penderhakaan pada raja. Konsep kesetiaan unguul yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin melibatkan kesanggupan dan penyerahan seorang rakyat yang setia sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan raja.

 Dalam teks Sulalatus Salatin, konsep kesetiaan jelas digambarkan melalui perwatakan dan kisah Hang Tuah yang sanggup berkorban sultan. JIka bercerita mengenai kisah hang Tuah ini, terbayang kisah ataupun peristiwa yang menunjukkan keberanian dan ketaatannya kepada sultan. Oleh itu, Hang Tuah menjadi simbolik kesetiaan dalam masyarakat sehinggalah kini. Segala kehendak dan perintah sultan Melaka dituruti tanpa banyak bersoal kewajarannya meskipun Hang Tuah terpaksa bergadai nyawa. Terdapat banyak contoh peristiwa yang menggambarkan kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka yang menggambarkan masyarakat yang setia dalam Sulalatus Salatin.

Walaupun Hang Tuah sedari bahawa dirinya difitnah, akan tetapi dia tetap menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan keatasnya oleh sultan Melaka dengan rela hati. Meskipun dia difitnah dan dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang tidak pernah beliau lakukan, beliau tidak pernah pun menyimpan dendam terhadap raja Melaka, malah mencari jalan penyelesaian untuk berjasa kepada sultan agar dirinya tidak dimurkai. Kesetiaanya ditambahkan lagi dengan kesanggupannya berkorban nyawa melarikan Tun Teja ke Melaka untuk menyatakan kesetiannya terhadap sultan Melaka. Kesetiaan Hang Tuah juga jelas dinyatakan dalam Sulalatus Salatin apabila beliau sanggup membunuh sahabat karibnya, Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada sultan. Hang Jebat dikatakan menderhaka kepada sultan untuk membela nasib Hang Tuah. Hang Tuah tahu bahawa sahabatnya itu sanggup membela nasibnya akan tetapi Hang Tuah tidak dapat melepaskan sahabatnya itu kerana kesetiaannya terhadap sultan Melaka. Tambahan pula, penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat bertentangan dengan prinsip yang dipegang oleh Hang Tuah iaitu "pantang anak Melayu menderhakan terhadap raja"

Selain daripada itu, terdapat peristiwa lain yang juga menggambarkan kesetiaan Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin iaitu semasa penginapannya di Inderapura, dimana dia telah ditawarkan oleh Raaj Inderapura supaya menetap di Inderapura buat selama-lamanya. Tetapi Hang Tuah menolak tawaran istimewa itu dengan baik dengan memberi alasan bahawa dirinya tidak akan bertuan lain selain daripada keturunan dari Bukit Si Guntang. Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka kadang kala membahayakan dirinya tetapi beliau sanggup menempuhi keadaan itu untuk memenuhi permintaan sultan Melaka. Misalnya peristiwa Hang Tuah sanggup memanjat pohon nyiur gading yang tinggi dan reput ditengah-tengahnya dan sanggup terjun ke dalam laut yang ada buaya gaas demi mengambil mahkota sultan yang terjatuh kedalamnya serta peristiwa dimana beliau juga sanggup terjun kedalam perigi tahi untuk menyelamatkan kuda teji raja yang terjatuh kedalam perigi itu.

Kesetiaan Hang Tuah ini membuktikan bahawa masyarakat dahulu merupakan golongan masyarakat yang setia kepada raja kerana konsep daulat dan derhaka wujud pada ketika itu. Dalam teks Sulalatus Salatin ini  mengambarkab bagaimana masyarakat yang setia betul-betul setia pada rajanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan raja yang memerintah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN