LATAR BELAKANG PENGARANG SULALATUS SALATIN


Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja seorang yang berjawatan Bendahara Melaka dan Johor.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565 dan hidup pada akhir abad ke-17. Beliau ialah anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Beliau ditakdirkan menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintah otonomi di Aceh serta penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Sebelum Tun Seri Lanang menjadi penulis atau pengarang, beliau mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Beliau juga pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil antara tahun 1580 dan 1615 (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 42).
Beliau pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat untuk memerintah Johor lagi. Pada masa itu, beliau lebih terkenal sebagai pemimpin tetapi beliau mempunyai minat dalam dunia kepengarangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Raja Abdullah telah meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Beliau pun bermula mengarang pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian bersambung mengarang di Aceh. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang sedar bahawa karyanya mengenai salasilah raja-raja Melaka. Oleh itu, beliau telah memberi nama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang bermaksud “Salasilah Segala Raja-Raja”.
Tun Seri Lanang merupakan penulis atau pengarang karya agung yang amat berjasa kepada dunia Melayu sehingga kini. Beliau ialah tokoh pengarang yang terkena dalam penghasilan buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem pemerintahan Melayu. Beliau bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Islam di Semenanjung Melayu ketika diberi kepercayaan memerintah Samalanga, Aceh, Indonesia pada tahun 1645M.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN