PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SEJARAH LAIN 

Sebagai sebuah karya Kanon, Sejarah Melayu sentiasa dilihat sebagai karya “Cermin” kepada “cermin” iaitu menjadi “Cermin” kepada teks sastera sejarah yang lain. Adalah satu kelaziman bahawa karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain. Karya berkenan biasanya mempunyai beberapa ciri istimewa tertentu yang mampu menarik perhatian pengarang-pengarang lain untuk mencontohi kaedah penulisannya, meniru gaya bahasanya atau memetik isi kandungannya. Hal ini ditambah pula dengan personaliti pengarang karya berkenaan yang biasanya terdiri daripada pengarang terkenal, kukuh dan mempunyai nama yang istimewa dalam bidang tulisannya. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, karya agung seumpama Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Taj Al-Salatin dan Tuhfat al-Nafis sering menjelma sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam karya terkemudian. Pengaruh Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya terdapat dalam Sejarah Melayu, sementara genealogi raja-raja Melayu yang terdapat dalam Sejarah Melayu telah dipetik oleh Nuruddin al -Raniri dalam Bustan al- Salatin. Kandungan dalam Sejarah Melayu seperti faktor tarikan dijadikan rujukan dalam hikayat sejarah yang lain. Manakala faktor tolakan dipengaruhi oleh sosiologi pengarang hikayat sejarah yang lain kerana Sejarah Melayu merupakan sumber terdekat. Pengarang Hikayat Melayu tidak memilih teks lain sebagai rujukan kerana tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Selain daripada peranan pencerita sebagai dagang, maka wajar pengarang Hikayat Melayu mengambil sumber  tempatan yang paling hampir. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WATAK DAN PERWATAKAN

PLOT

NILAI KEMANUSIAAN